BANGKOK: Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas, setelah trak pikap yang mereka naiki terbalik di Wilayah Sa Kaeo, di sempadan timur Thailand, kira-kira 245 kilometer dari Bangkok.
Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand berkata 11 lelaki itu berumur antara 22 dan 48 tahun.
Dalam kejadian pada 5 pagi itu, Polis Lebuhraya mengejar trak pikap yang dipandu laju sebelum trak berkenaan hilang kawalan dan terbalik.
"Pemandu lelaki warga Thailand berusia 35 tahun melarikan diri dari tempat kejadian selepas kemalangan itu. Polis lebuh raya menemukan 11 warga Bangladesh dalam kenderaan yang rosak teruk itu.
"Siasatan awal mendapati kumpulan itu dalam perjalanan dari Bangladesh ke Kemboja sebelum secara haram menyeberang ke Thailand menggunakan trak pikap, untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia," katanya.
CIB berkata polis sedang mengesan pemandu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas. - Gambar hiasan
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Nahas di KM306.1 PLUS: Seorang lagi warga Bangladesh maut
Mohammad Sohel meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Operasi pencarian pendatang tanpa izin lolos dihentikan - Saifuddin Nasution
Pencarian saki-baki pendatang tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas kini dibuat berdasarkan laporan orang awam.
Baki 100 tahanan wanita dari Depot Imigresen Bidor dipindahkan malam ini - Ruslin
Jabatan Imigresen Malaysia memindahkan baki 100 tahanan wanita yang masih berada di Depot Tahanan Sementaranya di Bidor malam ini ke beberapa lokasi lain bagi mengosongkan premis itu.
Rumah kongsi diduduki 12 warga Bangladesh terbakar
Sebuah rumah kongsi yang didiami 12 pekerja warga Bangladesh musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran di Seremban pagi ini.
Ratusan warga Bangladesh berjalan di Pengerang ditahan
Menurut beliau, kesemua warga asing berkenaan telah dihantar ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru.
Lelaki Bangladesh penggal kepala rakan terlepas hukuman mati, diganti penjara dan sebatan
Seorang buruh binaan warga Bangladesh terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Ganggu rakan sedang tidur, lelaki warga Bangladesh maut ditetak
Polis berkata susulan itu lima lelaki warga Bangladesh berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Polis Thailand tahan 11 warga Bangladesh dalam trak pikap menuju ke Malaysia
Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas.
Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong.
Warga Bangladesh ketuk hingga mati rakan dengan periuk nasi, terselamat tali gantung
Tertuduh terselamat daripada tali gantung selepas dakwaan membunuh rakan serumah pada 2018 dipinda kepada membunuh tanpa niat.